Cari @ Amanz

Desas-desus berkenaan peranti Android daripada BlackBerry semakin hangat dari hari ke hari, dan terkini, @evleaks berkongsi video khusus memperlihatkan peranti Android daripada BlackBerry ini akan turut menyertakan BlackBerry Productivity Suite.

Melalui BlackBerry Productivity Suite ini, ia akan menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar, dan BlackBerry Contacts ke peranti Android.

Untuk makluman, melalui BlackBerry Hub, ia memudahkan pengurusan komunikasi pada satu lokasi dengan mudah. Kami amat mengemari fungsi ini pada peranti BlackBerry 10 dan semestinya ia akan membawa peranti Android daripada BlackBerry setapak kehadapan dalam pengurusan komunikasi berbanding dengan sejumlah peranti Android lain di pasaran.

Pihak BlackBerry masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan peranti Android daripada mereka buat masa ini. Mengikut pelbagai desas-desus, peranti dinamakan sebagai Venice ini dijangka akan ditawarkan di Amerika Syarikat dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd