Oppo R5s Diperkenalkan Dengan Rekaan Nipis Sama – Menyertakan Memori 3GB RAM

Oppo R5s Diperkenalkan Dengan Rekaan Nipis Sama – Menyertakan Memori 3GB RAM

Diterbitkan pada Ogos 24, 2015 oleh .

Oppo terus menambah penawaran telefon pintar mudah-alih mereka, dan terkini telah pun memperkenalkan Oppo R5s yang membawakan rekaan nipis sama seperti Oppo R5 sebelum ini, iaitu pada hanya ketebalan 4.8mm.

Oppo R5

Oppo R5s ini dilihat memfokuskan lebih kepada kemaskini spesifikasi, dimana kini ia menyertakan memori 3GB RAM, selain turut menyertakan penaik-tarafan ruangan storan kepada 32GB.

Selain daripada itu, Oppo R5s ini menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci, dijana dengan cip Snapdragon 615 1.5Ghz, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Dari segi sistem operasi, ia masih kekal menggunakan ColorOS 2.0 dengan Android 4.4 KitKat – dan bukannya versi baru yang diguna pakai pada Oppo R7.

Seperti biasa, ia hanya disenaraikan di Eropah sahaja, dan perancangan Oppo untuk menawarkannya pada peringkat global masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN