Intel Bakal Menyokong Teknologi Disebalik Paparan AMD FreeSync

Intel Bakal Menyokong Teknologi Disebalik Paparan AMD FreeSync

Diterbitkan pada Ogos 24, 2015 oleh .

AMD sebelum ini telah telah memperkenalkan FreeSync – iaitu jenama mereka dalam menggunakan teknologi Adaptive-Sync yang menyokong kadar segar-semula dinamik pada skrin, sekaligus menjadikan ia amat menarik untuk pengguna yang memfokuskan kepada multimedia dan juga permainan.

Kini, selain daripada AMD, pengeluar cip pemprosesan terkemuka, Intel turut dilaporkan akan menyokong teknologi berkenaan pada cip akan datang mereka.

Menggunakan teknologi seumpamanya, ia menggunakan kelebihan pada piawaian VESA Adaptive-Sync DisplayPort dalam menawarkan paparan yang lebih baik kepada pengguna.

Seperti biasa, kita boleh jangka yang mana Intel akan menggunakan nama yang berbeza untuk penawaran mereka kelak, dan semestinya tidak menggunakan nama FreeSync yang digunakan oleh AMD untuk pemasaran.

Kita juga mungkin akan dapat melihat piawaian Adapative-Sync ini mungkin menjadi salah satu integrasi yang meluas pada produk daripada pelbagai pengeluar pada masa depan jika pihak Intel turut menyertai dan menyokong piawaian serupa.

Buat masa ini, cip pemprosesan Intel yang hadir dengan GPU terbina masih tidak menyokongnya, dan sokongan untuk Adaptive-Sync ini mungkin akan hadir pada cip pasca-Skylake kelak.


TIPS & ULASAN