Cari @ Amanz

TwitterGoogle sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Twitter dalam memaparkan Tweet pada carian di aplikasi mereka. Kini, selain daripada hanya di aplikasi mudah-alih, Google juga turut telah mengintegrasikan sokongan tersebut untuk pengguna desktop.

Kini, jika anda membuat carian di web Google.com berkenaan sesuatu perkara, ia turut memaparkan hasil carian daripada Twitter – sekaligus memberikan kebolehan untuk para pengguna mengetahui sesuatu perkara yang dicari dalam keadaan masa-nyata.

Daripada percubaan kami, ia hanya berfungsi pada versi Google antarabangsa sahaja, dan belum diimplementasikan pada Google Malaysia (Google.com.my). Selain itu, hanya beberapa kata kunci sahaja yang memaparkan carian dari Twitter buat masa ini. Mungkin kita akan dapat melihat ia diintegrasikan dengan lebih meluas tidak lama lagi.

Google Twitter

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd