Cari @ Amanz

LG sebelum ini telah memperkenalkan tablet bersaiz 8-inci mereka yang membawakan spesifikasi agak rendah dan pada masa yang sama menyertakan port USB bersaiz penuh. Hari ini, LG turut menambah satu lagi tablet dibawah keluarga G Pad II, dimana kali ini versi tablet bersaiz 10.1-inci diperkenalkan.

LG G Pad II 10.1

LG G Pad II 10.1 ini membawakan spesifikasi sedikit tinggi berbanding dengan versi 8.0 sebelum ini. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800, memori 2GB RAM, dan menyertakan skrin pada paparan 1920×1200 pixel. Disamping itu, tablet yang menggunakan Android 5.1.1 Lollipop ini turut menyertakan sokongan storan 16GB, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.

LG G Pad II 10.1

LG mengatakan rekaan bezel pada tablet ini adalah antara yang ternipis jikalau dibandingkan dengan tablet pada saiz yang sama. Beberapa perkara lain turut disertakan, termasuk fungsi Reader Mode untuk mengoptimasikan cahaya paparan ketika membaca, selain fungsi Dual Mode untuk mengakses dua aplikasi pada waktu yang sama. LG G Pad II 10.1 ini turut hadir dengan Microsoft Office secara terbina, serta storan 100GB di OneDrive.

Harga dan penawaran LG G Pad II 10.1 ini masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd