Cari @ Amanz

Xiaomi Mi4i dilancarkan di Malaysia Mei lalu dan mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna tempatan. Versi 32 Gigabyte pula baru diperkenalkan minggu lalu kerana pihak Xiaomi menyedari muatan dalaman 16 Gigabyte dengan ketiadaan slot MikroSD adalah kurang ideal bagi kebanyakan pengguna. Pagi pengguna peranti tegar seperti kami, pemproses Snapdrgaon 615 yang digunakan pada Mi4i adalah tidak cukup berkuasa. Jika anda seperti kami kemunculan Xiaomi Mi4c pasti akan dinanti-nantikan.

Xiaomi-Mi4c

Ianya sebuah Mi4i dengan pemproses Snapdragon 808. Ini ialah pemproses yang sama seperti yang digunakan pada LG G4 dan juga Motorola Moto X Style. Kami sudah mencuba LG G4 dan sangat menggemari kepantasan peranti ini. Jika Mi4c memasuki pasaran tempatan dengan harga yang kompetitif ia mungkin menjadi alternatif kepada LG G4 kepada mereka yang tidak mampu memilikinya.

Tidak diketahui bilakah ianya dilancarkan. Yang pasti dengan Snapdragon 808, Mi4C akan mempunyai kemampuan lebih tinggi berbanding Mi4i walaupun ianya sebuah peranti enam teras.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd