Samsung Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 September

Samsung Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 September

Diterbitkan pada Ogos 24, 2015 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah pun mula menghantar jemputan media, dimana mereka menjadualkan acara pelancaran dua telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan pada 3 September ini.

Samsung Galaxy Note 5

Dua peranti baru yang akan dilancarkan adalah Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+. Kedua-duanya telah dilancarkan lebih kurang dua minggu lepas, dimana ia hadir dengan cip Exynos 7420, memori 4GB RAM, kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Membezakan kedua-dua peranti adalah beberapa ciri-ciri. Galaxy Note 5 hadir dengan sokongan S-Pen yang kini boleh dikeluarkan dengan tekannya sahaja, selain fungsi khusus S-Pen untuknya. Galaxy S6 Edge+ pula membawakan rekaan skrin melengkung pada bahagian tepi dengan beberapa penambahan fungsi berbanding S6 Edge sebelum ini.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, untuk pasaran tempatan, versi dwi-SIM akan ditawarkan, dan harganya dijangka diumumkan pada tarikh 3 September 2015 ini.


TIPS & ULASAN