Carian
Gambar Yang Dikatakan Sebagai Huawei Nexus Tertiris Ke Arena Web
August 24, 2015 Aman

Sebelum ini, beberapa kali kita telah mendengar info dan desas-desus berkaitan telefon pintar Nexus daripada Huawei, dan terkini beberapa gambar hadir ke arena web, dikatakan sebagai telefon pintar yang bakal diperkenalkan bersama oleh Google dan Huawei tidak lama lagi.

Huawei Nexus

Mengikut maklumat yang tertiris sebelum ini, telefon pintar Huawei Nexus ini bakal menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci, dan dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Telefon pintar ini juga dijangka akan menyertakan port pengecasan USB Type-C, serta menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Huawei Nexus

Dari gambar yang tertiris, ia memperlihatkan pengimbas cap jari berbentuk bulat pada bahagian belakang, selain rekaan kamera yang sedikit berbonggol. Tiada sebarang penjenamaan pada bahagian hadapan – sebaliknya jenama Huawei dan Nexus terletak pada bahagian belakang.

Google dan Huawei dijangka akan memperkenalkan peranti ini berkemungkinan seawal bulan hadapan – dan pihak LG turut dijangka akan memperkenalkan satu lagi telefon Nexus pada saiz sekitar 5.2-inci.

Komen