MIUI7 Beta Sedia Dimuat-Turun Pengguna Redmi 2, Mi4i, Mi4, Mi3 Dan Redmi Note

MIUI7 Beta Sedia Dimuat-Turun Pengguna Redmi 2, Mi4i, Mi4, Mi3 Dan Redmi Note

Diterbitkan pada Ogos 24, 2015 oleh .

Xiaomi pada minggu lepas telah memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu MIUI7. Bersama-sama dengannya, ia membawakan pelbagai fungsi baru, dan turut ditawarkan untuk sejumlah peranti sedia ada Xiaomi di pasaran.

MIUI7

MIUI7

Pada minggu lepas, Xiaomi telah mengatakan versi pembangunan Beta untuk MIUI7 akan boleh dimuat-turun hari ini, dan kini mereka telah menerbitkan ROM versi Beta untuk dimuat-turun.

Memandangkan ia masih dalam bentuk Beta, maka terdapat kemungkinan yang mana ia tidak begitu stabil, atau terdapat beberapa masalah yang tidak dikenal-pasti. Tujuan penawaran Beta adalah dalam usaha mendapatkan maklumbalas daripada pengguna berkaitan dengan sistem operasi berkenaan sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Xiaomi mengatakan mereka akan menawarkan versi beta baru setiap 2 minggu, pada setiap hari Isnin.

Buat masa ini, versi Beta untuk MIUI7 ini boleh dimuat-turun oleh pengguna Redmi 1S, Redmi 2, Mi 4i, Mi 4, Mi 3, Redmi Note 3G dan juga Redmi Note 4G.

Muat-Turun ROM MIUI7 Beta


TIPS & ULASAN