Microsoft sebelum ini telah mengatakan akan menawarkan Cortana untuk Android dan juga iOS, yang mana akan hadir sebagai aplikasi pelengakap untuk pengguna sistem operasi Windows 10 pada komputer. Hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan merealisasikan perkara berkenaan dengan menawarkan Cortana untuk Android dalam bentuk beta.
Menggunakan aplikasi Cortana untuk Android, pengguna boleh melakukan beberapa perkara seperti pada komputer, termasuk sokongan untuk membuat carian, mengikuti informasi yang diperlukan, membuat peringatan, dan beberapa perkara yang lain.
Buat masa ini, Cortana untuk Android masih dalam peringkat beta, dan agak mendukacitakan kerana ia masih terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Microsoft mengatakan ia akan diperluaskan ke pasaran negara lain tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, memandangkan Malaysia masih tiada lagi dalam senarai sokongan untuk Cortana, maka ia mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum ia dilancarkan secara rasminya.