Carian
Xiaomi Kini Menyokong Bayaran Melalui Bank Tempatan – Mengumumkan Promosi Khas Bersempena Merdeka
August 25, 2015 Aman

Xiaomi sehingga kini hanya menyokong pembayaran melalui PayPal sahaja, dan ia boleh dikatakan tidak begitu mesra untuk semua pengguna umum. Kini, sebagai alternatif, pihak Xiaomi turut mengintegrasikan sokongan pembayaran melalui perbankan internet tempatan.

Xiaomi Merdeka

Xiaomi menggunakan teknologi MOLPay untuknya, yang mana membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan Maybank2U, CIMBClicks, HongLeong Connect, RHBNow, AmOnline, affinOnline dan juga FPX.

Bersama-sama pengumuman ini, pihak Xiaomi Malaysia turut mengumumkan promosi khas bersempena dengan hari Merdeka yang menjelang tiba. Untuknya, Xiaomi akan mengadakan jualan khusus pada 27 Ogos ini.

Daripada apa yang ditawarkan, Xiaomi menyediakan tiga promosi khas yang meliputi sejumlah produk mereka, iaitu:

Mi Power Bank Merdeka Bundle 1 (RM58)
Mi Power Bank 5000mAh Silver
Snap Cabic Winder
Mi LED Light
Mi Band Strap

Mi Power Bank Merdeka Bundle 2 (RM58)
Mi Power Bank 10400mAh Silver
Mi In-Ear Headphones Basic White

Redmi 2 Enhanced Merdeka Bundle RM580
Redmi 2 Enhanced Edition
Mi Power Bank 16000mAh
USB Cable 20cm
Mi LED Light
Mi In-Ear Headphones
Snap Cable Winder
Redmi 2 Rechargeable Battery
Redmi 2 Screen Protector Clear


Xiaomi juga akan menawarkan diskaun RM5 untuk pembayaran menggunakan MOLPay pada tarikh berkenaan – 27 Ogos bermula 12 tengah hari (untuk tempoh terhad).

Komen