Display Cover – Prototaip Surface Type Cover Dengan Paparan E-Ink

Display Cover – Prototaip Surface Type Cover Dengan Paparan E-Ink

Diterbitkan pada Ogos 25, 2015 oleh .

Paparan e-in biasanya digunakan sebagai paparan sekunder pada peranti kerana ia tidak menggunakan banyak tenaga elektrik. Peranti seperti YotaPhone dan Kindle mempunyai skrin e-ink bagi memudahkan pengguna membaca tanpa mengalami kesakitan mata. Di Microsoft prototaip Display Cover, Type Cover untuk Surface yang dilengkapi paparan sekunder e-ink terbina.

Display-Cover-Prototype-2

Ia boleh memaparkan pintasan pantas beberapa program yang sering digunakan pengguna. Ia turut dilihat mampu memaparkan tools yang sering digunakan ketika menggunakan Adobe Photoshop. Menarik sekali paparan e-ink ini boleh berinteraksi dengan Surface Pen. Anda boleh melakar terus pada skrin e-ink dan ia akan muncul pada skrin. Selain daripada itu ia membolehkan pengguna mempunyai paparan kedua ketika menggunakan Surface. Sebagai contoh pengguna masih boleh menulis email yang dipaparkan pada skrin e-ink pada masa yang sama melakukan panggilan Skype pada skrin kedua.

Prototaip ini masih kelihatan tebal dan tidak mempunyai kualiti binaan yang baik. Idea yang dipamerkan sebenarnya munasabah dan sangat berguna. Diharap Microsoft dapat menjadikannya realiti kerana sebagai seorang pengguna PC yang sudah biasa dengan dua skrin, paparan e-ink kedua ini menarik minat kami.

 


TIPS & ULASAN