Aerosense – Syarikat Kerjasama Sony Memperlihatkan Prototaip Dron Yang Boleh Terbang Lebih 2 Jam

Aerosense – Syarikat Kerjasama Sony Memperlihatkan Prototaip Dron Yang Boleh Terbang Lebih 2 Jam

Diterbitkan pada Ogos 25, 2015 oleh .

Pada bulan lepas, Sony telah mengumumkan kerjasama dengan pihak ZMP dalam membentuk sebuah syarikat baru dinamakan Aerosense – yang mana memfokuskan kepada pembangunan dron komersial, dan beberapa pembangunan berkaitan dengannya. Lanjutan daripadanya, hari ini prototaip pertama untuk dron mereka diperlihatkan.

Aerosense

Dua jenis dron diperlihatkan oleh Aerosense ini, iaitu AS-DTO1-E dan juga AS-MCO1-P. Menarik perhatian adalah dron yang masih dilabelkan eksperimental oleh Sony, iaitu DT01-E. Ia membawakan rekaan seumpama kapal terbang, dan boleh terbang lebih daripada dua jam – pada kelajuan maksima mencapai 170 kilometer sejam. Disamping itu, ia juga turut boleh membawa muatan sehingga 10 kilogram menggunakannya.

Sementara dron AS-MCo1-P membawakan rekaan quadcopter, dan menyertakan pelbagai sensor terbina seperti kamera, GPS dan sebagainya.

Aerosense memfokuskan pemasaran dron keluaran mereka untuk tujuan komersial dan bukan pengguna umum. Antara tujuan yang turut boleh digunakan adalah untuk menyemak bangunan dan infrastruktur, atau untuk membuat bancian tanah yang sukar untuk diakses.

Sebelum ini sendiri, selain Sony melalui Aerosense, sejumlah syarikat turut memfokuskan kepada dron – termasuk Google dan Facebook yang membangunkan dron untuk memancar internet, sementara Amazon yang menggunakan dron untuk penghantaran barangan.

Di Malaysia sendiri, dron agak popular dikalangan jurugambar, selain Polis Diraja Malaysia yang mengumumkan akan menggunakan dron untuk memudahkan tugas polis.


TIPS & ULASAN