Alcatel OneTouch Flash Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Pratempah RM499 di Lazada

Alcatel OneTouch Flash Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Pratempah RM499 di Lazada

Diterbitkan pada Ogos 25, 2015 oleh .

Setelah lebih 6 bulan peranti pertama memfokuskan selfie diperkenalkan oleh Alcatel, pada hari ini mereka telah mengumumkan kemaskini untuknya yang bernama Alcatel OneTouch Flash Plus. Telefon pintar yang memfokuskan selfie ini boleh diperoleh pada tawaran yang menarik menerusi Lazada.

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash Plus ini membawakan beberapa kemaskini kepada spesifikasinya. Ia hadir dengan rekaan Unibody, dan mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci sekaligus meletakkanyya dalam kategori phablet. Paparan skrinnya mempunyai resolusi 1280 x 720 267 PPI IPS. Dari segi pemprosesan, ia dikuasakan oleh cip MediaTek 1.5GHz lapan-teras 64-bit serta kapasiti RAM sebesar 2GB RAM. Dari segi ruangan storan ia mempunyai kapasiti tersedia 16GB yang boleh ditambah menerusi kad Mikro-SD.

Alcatel OneTouch Flash Plus -IMG_0007

Menjadi fokus utama peranti ini adalah fungsi kameranya, dimana pada kamera utama terdapat pada bahagian belakang mempunyai sensor bersaiz 13MP dengan lampu flash LED dan mampu merakam video 1080p 30FPS. Bagi tujuan selfie, kamera hadapannya mempunyai sensor sebesar 8MP dengan pemfokusan automatik. Sebagai telefon yang memfokuskan selfie, fungsi kameranya juga hadir dengan pengecaman suara yang membolehkan gambar ditangkap. Pengguna hanya perlu menyebutkan ‘Cheese’ atau ‘Capture’ dan gambar akan dirakamkan. Fungsi-fungsi lain seperti Beautification, Picture-in-Picture, dan pelbagai lagi turut ada. Penetapan gambar juga dilihat mudah dilakukan tanpa perlu menavigasi ke pelbagai tetapan. Telefon yang menyokong dua kad SIM ini turut mempunyai bateri sebesar 3,500 mAh dengan pilihan penjimatan tenaga dan beroperasi menggunakan Android 4.4.4 KitKat.

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash Plus yang hadir pada dua pilihan warna ini akan dijual secara pra-tempah bermula hari ini 25 Ogos sehingga 7 September pada harga RM 499 menggunakan kod ‘FLASHPLUS’. Selepas tempoh tersebut, telefon ini boleh diperolehi pada harga RM 549 secara eksklusif menerusi laman Lazada untuk tempoh yang terhad.

Pratempah: Alcatel OneTouch Flash Plus di Lazada.MY


TIPS & ULASAN