(Konsep) R50 – Casing Komputer Merangkap Sirip Penyejuk PC Untuk Negara Dunia Ketiga

(Konsep) R50 – Casing Komputer Merangkap Sirip Penyejuk PC Untuk Negara Dunia Ketiga

Diterbitkan pada Ogos 25, 2015 oleh .

Penggunaan komputer sekarang adalah perkara biasa seperti menggunakan basikal di negara kita. Mata pelajar komputer wajib diambil setiap pelajar bagi memastikan mereka tidak ketinggalan di dunia serba IT sekarang. Di negara dunia ketiga seperti di Afrika keperluan untuk menggunakan komputer juga wujud tetapi rekaan komputer biasa tidak dapat bertahan lama. Komponen biasa mudah rosak dan mencari alat ganti juga sukar. Jadi komputer yang lebih tahan lasak dengan keperluan selenggara yang sedikit diperlukan.

R50-konseo-fanless-1

R50 ialah konsep komputer untuk kegunaan kawasan luar bandar benua Afrika. Bagi mengurangkan selenggara komponen bergerak pada komputer ini dikurangkan. Tiada motor pada kipas dan tiada cakera keras yang akan rosak selepas beberapa tahun. Keseluruhan casing yang diperbuat daripada aluminium dan kuprum ini juga merangkap sebagai sirip penyejuk pemproses Intel i5 di dalamnya. Rekaan tanpa kipas ini tahan lasak keran tidak memerlukan debu dibersihkan dari sirip penyejuk dengan kerap. Di kawasan berdebu seperti Afrika ini sangat mengurangkan kos mengganti kipas penyejuk yang rosak.

Konsep ini dihasilkan oleh Crater Innovations untuk Aleutia Computers. Aluetia Computers sudahpun mempunyai beberapa komputer tahan lasak yang mereka hasilkan untuk kegunaan dunia ketiga dan juga sektor industri yang memerlukan komputer tahan lasak. Sebuah konsep yang menarik. Saiznya yang kecil turut memastikan ia mudah dibawa kemana-mana.

R50-konseo-fanless-2


TIPS & ULASAN