Cari @ Amanz

Microsoft selain mempunyai penawaran telefon pintar dibawah jenama Lumia, mereka juga turut mempunyai penawaran feature phone yang biasanya memfokuskan kepada penawaran telefon bimbit dengan beberapa akses khusus dan menawarkan masa penggunaan bateri yang lama.

Terkini, Microsoft turut menambah satu lagi telefon bimbit baru dibawah portfolio mereka, dinamakan sebagai Nokia 222. Seperti biasa, ia hadir dalam pilihan satu SIM dan juga dwi-SIM.

Nokia 222

Menjadi fokus utama pada telefon bimbit ini adalah kebolehan untuk mengakses internet menggunakan Opera Mini Browser dan juga Bing Search. Beberapa aplikasi lain turut disediakan, termasuk penggunaan Facebook, Facebook Messenger dan juga Twitter.

Nokia 222 juga turut menyertakan kamera 2-megapixel untuk membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakannya. Pengguna turut boleh memperluaskan storan terbina pada peranti ini dengan mikro-SD sehingga 32GB.

Telefon bimbit Nokia 222 ini boleh bertahan sehingga 29 hari untuk versi satu SIM, dan sehingga 21 hari untuk versi dwi-SIM.

Nokia 222 ini akan dijual oleh Microsoft dibeberapa negara terpilih pada harga sekitar $37 (~RM157).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd