Wileyfox Swift & Storm – Dua Lagi Peranti Diperkasakan Cyanogen OS

Wileyfox Swift & Storm – Dua Lagi Peranti Diperkasakan Cyanogen OS

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Apabila OnePlus one dilancarkan tahun lalu ia menjadi peranti yang cuba menggegarkan dunia pengeluaran peranti. Mereka membuktikan peranti dengan spesifikasi yang baik tidak seharusnya dijual pada harga yang tinggi dan tidak mementingkan kualiti kemasan. Langkah OnePlus kini cuba diikuti oleh Wileyfox sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom.

Wileyfox-Swift

Mereka cuba menjadi OnePlus versi negara Barat dan baru sahaja melancarkan peranti Swift dan Storm. Seperti OnePlus One, Swift dan Storm menggunakan sistem operasi Cyanogen OS. Swift ialah peranti dengan skrin 5″ 720P, pemproses 1.2 GHz Snapdragon 410, RAM 2 GB dan muatan dalaman 16 GB. Kamera pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri yang digunakan adalah sebesar 2500 mAh

Storm pula mempunyai spesifikasi lebih tinggi iaitu skrin 5.5″ FHD, Snapdragon 615 (1.5+1.1 GHz), RAM sebesar 3 GB dan muatan dalaman 32 GB. Kamera utama sebesar 20 Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 8 Megapixel. Bateri yang digunakan juga sebesar 2500 mAh. Kedua-dua peranti akan dilancarkan di United Kingdom terlebih dahulu. Swift akan dijual pada bulan September dengan harga £129 (RM860) manakala Storm akan dijual pada bulan Oktober dengan harga £199 (RM1330) sebuah.

Wileyfox-Storm


TIPS & ULASAN