Harga Asus ZenPad & Aksesorinya Diumumkan – ZenPad 7 Dijual Pada Harga RM 749

Harga Asus ZenPad & Aksesorinya Diumumkan – ZenPad 7 Dijual Pada Harga RM 749

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Pada minggu yang lalu Asus Malaysia telah mengadakan sidang media dan berkongsi mengenai kehadiran Asus ZenPad untuk pasaran tempatan. Dan pada hari ini mereka telah memulakan penjualan Asus ZenPad untuk pasaran tempatan. Peranti yang hadir pada dua variasi ini, iaitu ZenPad 7 dan ZenPad 7 C. Bagi ZenPad 7, ia dijual pada harga RM 749 manakala ZenPad 7 C dijual pada harga RM 499.

Tablet Asus ZenPad 7.0 (Z370CG) merupakan tablet yang ditawarkan dengan spesifikasi yang tinggi serta beroperasi menggunakan cip Intel Atom X3 empat-teras 64-bit, dan mempunyai 2GB RAM. Untuk tujuan storan, ia mempunyai kapasiti 16GB dan kapasiti storan juga boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD. Dari segi kamera ia mempunyai kamera hadapan 2MP dan kamera utama 8MP dilengkapi PixelMaster 2.0. Tablet ini juga dilengkapi Asus SonicMaster DTS Audio bagi kualiti bunyi yang baik. Asus ZenPad ini juga dikuasakan oleh Android 5.0 Lollipop dengan paparan antaramuka ZenUI. Paparannya skrinnya bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280 x 800 HD IPS dengan fungsi VisualMaster Tru2Life dan mempunyai penutup belakang yang boleh ditukar ganti pada pilihan warna Hitam, Metalik, Putih dan juga Oren.

Baca: Pandang Pertama Asus ZenPad 7

ZenPad C 7.0 (Z170CG) merupakan ZenPad versi  dengan spesifikasi hampir sama namun ditawarkan pada harga mampu milik. Perbezaannya ia mempunyai resolusi 1024 x 600 dan juga 1GB RAM namun mampu memuatkan dua kad-SIM untuk fungsi panggilan. Tablet ini juga dilengkapi Asus SonicMaster DTS Audio bagi kualiti bunyi yang baik. Penutup belakangnya juga boleh ditukar-ganti dengan pilihan warna Hitam, Putih, Metalik, Oren dan juga Merah.

Asus Launch -IMG_0116

Beberapa aksesori untuk peranti ini turut diumumkan dengan harganya Selain dari penutup belakang ZenCase, terdapat satu variasi yang sesuai untuk digunakan wanita iaitu ZenClutch. Ia hadir dengan kemasan seolah-olah dompet tangan, dan dijual pada harga RM 119. Asus PowerCase pula sesuai bagi pengguna yang inginkan kuasa bateri tambahan untuk tablet ini dan baterinya boleh bertahan sehingga 19 jam. Ia dijual pada harga RM 109.  Salah satu perkara yang menarik perhatian kami adalah Asus Audio Cover dimana dengan peranti ini ia akan meningkatkan kualiti bunyi menerusi pembesar suara pada format 5.1 (5 pembesar suara dan 1 subwoofer) dan pada sekali pengecasan, ia boleh digunakan selama 6 jam secara berterusan. Meskipun ianya nipis, kualiti bunyinya agak tinggi dan ia juga boleh dijadikan pelindung skrin. Ia akan dijual pada harga RM 249.

ZenPad C 7.0 dan 7.0 dipilih berdasarkan kesesuaiannya dan buat masa ini tiada sebarang berita sekiranya ZenPad 8.0 dan ZenPad S 8.0 akan dibawa masuk ke pasaran. ZenPad C 7.0 akan dijual pada harga RM 499 manakala harga bagi ZenPad 7.0 pula ialah RM 749. Bagi kesemua aksesori, ia akan dijual dalam tempoh dua minggu akan datang. Sekiranya anda ingin melihat tablet ini dengan lebih dekat, Asus Malaysia mengadakan jelajah #ZensationRoadshow dan bermula hari ini sehingga 31 Ogos, ia diadakan di Midvalley Megamall.


TIPS & ULASAN