Lenovo Mobile Dilaporkan Akan Diserap Masuk Kedalam Motorola

Lenovo Mobile Dilaporkan Akan Diserap Masuk Kedalam Motorola

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Lenovo sudah membeli Motorola dari Google sejak tahun lalu. Menjelang ulang tahun pertama pembelian ini kini wujud laporan mengatakan Lenovo Mobile akan diserap masuk ke dalam Motorola. Jenama telefon pintar Lenovo kemudian secara perlahan-lahan akan dihentikan. Kesemua urusan rekaan, pembangunan dan jualan peranti pintar Lenovo akan diserahkan sepenuhnya kepada Motorola. Jenama Lenovo selepas ini hanya akan digunakan pada komputer desktop dan riba.

Lenovo

Apa yang dilakukan ini adalah langkah bijak kerana dari segi penjenamaan nama Motorola adalah lebih gah. Rekaan peranti Motorola juga jauh lebih kemas, berkualiti dan mesra pengguna berbanding Lenovo yang di Malaysia sering dikaitkan sebagai peranti kelas pertengahan. Sekiranya ini benar-benar berlaku jualan peranti Motorola pastinya akan lebih pantas tiba di pasaran Malaysia. Ini sememangnya sesuatu yang amat dinantikan pengguna.

Pihak Lenovo Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan ini, mengatakan kedua-dua jenama akan kekal buat masa ini, dan pada masa yang sama mereka akan menggunakan kelebihan kedua-dua pihak dalam membangunkan telefon pintar


TIPS & ULASAN