Teknologi Baru Bakal Memberikan Kelajuan Internet 90 mbps Di Dalam Pesawat

Teknologi Baru Bakal Memberikan Kelajuan Internet 90 mbps Di Dalam Pesawat

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Kerana ketagihan manusia kepada internet, kemampuan melayari internet ketika di dalam pesawat kini adalah antara perkhidmatan yang semakin banyak diberikan oleh syarikat penerbangan. Di Malaysia Air Asia adalah antara syarikat yang membenarkan penumpang melayari web ketika di awan biru. Masalah utama melayari web di dalam pesawat sekarang ialah harga yang mahal serta kelajuan internet yang tidak memuaskan. Sistem internet dalam pesawat terpantas sekarang ialah ATG-4 keluaran Gogo. Ia menggunakan sistem satelit dan mampu memberikan kelajuan maksimum 9.8 mbps sahaja. Ini adalah amat perlahan bagi mereka yang sudah biasa dengan kelajuan pantas 4G.

GOGO-2KU-Internet

Gogo kini sedang mendapatkan kebenaran dari pihak agensi penerbangan bagi membolehkan mereka menguji sistem 2KU mereka. Teknologi baru ini akan memberikan kelajuan internet sehingga 90 mbps. Ujian sedang dilakukan pada sebuah pesawat 737-500 dan hanya selepas tamat ujian ini kebenaran untuk ianya digunakan pada pesawat komersial akan dibenarkan. Setakat ini teknologi 2KU menerima tempahan dari Delta Airlines, Aeromexico, Gol dan Virgin Atlantic. Kelajuan internet sistem 2KU akan mencecah 100 mbps pada 2017 selepas mereka melancarkan beberapa satelit baru untuk menyokong rangkaian.

Sistem yang digunakan pada kebanyakan pesawat sekarang majoritinya masih bergantung kepada menara selular di atas permukaan bumi. Jarak yang jauh ini menghadkan kelajuan internet maksimum 3.1 mbps. Kami masih belum mencuba menggunakan internet ketika di dalam pesawat. Bagaimana pula dengan anda? Adakah kelajuan yang ada sekarang memuaskan semasa anda menggunakannya?


TIPS & ULASAN