Oppo Mirror 5 Dengan Rekaan Kerangka Belakang Unik Berharga RM998 Di Malaysia

Oppo Mirror 5 Dengan Rekaan Kerangka Belakang Unik Berharga RM998 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Oppo Malaysia hari ini menambah satu lagi peranti berspesifikasi pertengahan mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo Mirror 5. Oppo Mirror 5 menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, serta dilengkapi antaramuka khusus, Color OS 2.1.

Oppo Mirror 5

Dari segi spesifikasi, Oppo Mirror 5 membawakan skrin bersaiz 5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 410, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk rakaman gambar, ia membawakan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Oppo dilihat menekankan pada rekaan kerangka belakang untuk Oppo Mirror 5 ini, dimana ia membawakan rekaan seumpama “kaca-dipotong” yang memaparkan corak berbeza-beza mengikut keadaan cahaya.

Di Malaysia, Oppo Mirror 5 ini dijual pada harga RM998, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Oppo seluruh negara.


TIPS & ULASAN