Sertai Sukarelawan Sehati Sejiwa – Turut Menyertakan Bidang Rekaan & Media Sosial Buat Peserta

Sertai Sukarelawan Sehati Sejiwa – Turut Menyertakan Bidang Rekaan & Media Sosial Buat Peserta

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Dari beberapa tahun lalu kami telah kongsikan perkara berkenaan aktiviti kesukarelawan. Aktiviti sebegini penting bagi memenuhi masa lapang disamping memperoleh pengalaman bersama peserta yang lain. Pihak Jabatan Penerangan Malaysia kini membuka pendaftaran Sukarelawan Sehati Sejiwa bagi acara Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 dan juga Majlis Penutup Sambutan Hari Kebangsaan.

WEB BANNER

Terdapat 6 kumpulan sukarelawan yang boleh dipilih oleh peserta antaranya Persembahan, Petugas Am, Rekaan, Pasukan Bantuan Kecemasan, Pasukan Keselamatan dan juga Media Sosial. Setiap satunya mempunyai tugasnya sendiri seperti bidang Persembahan membolehkan peserta memilih untuk menyertai Koir atau Flashmob, bidang Rekaan membolehkan sukarelawan menjadi jurugambar atau pelukis grafiti, dan bidang Media Sosial membolehkan peserta mengendalikan tugas hebahan di media sosial pada acara tersebut. Meskipun peserta bebas memilih kumpulan sukarelawan yang diinginkan, ia juga tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Program Sehati Sejiwa.

Acara Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 akan diadakan pada 30-31 Ogos 2015 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur manakala acara Majlis Penutup Bulan Sambutan Hari Kebangsaan & Kibarkan Jalur Gemilang akan berlangsung pada 15-16 September di Sabah. Sukarelawan yang dicari haruslah merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 18-35 tahun, sihat tubuh badan tanpa kecacatan fizikal. Sekiranya anda ingin menghubungi jawatankuasa atau berminat menyertainya, anda boleh mendaftar untuknya di halaman rasmi Jabatan Penerangan.

Daftar: Sukarelawan Sehati Sejiwa

Penafian: Advertorial dari Jabatan Penerangan


TIPS & ULASAN