Office 2016 Dijangka Dilancarkan Untuk Windows Pada 22 September

Office 2016 Dijangka Dilancarkan Untuk Windows Pada 22 September

Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 oleh .

Office OnlineMicrosoft sebelum ini telah menawarkan kemaskini perisian pejabat mereka – Office untuk Mac pada bulan Julai yang lepas. Kini, dengan Windows 10 yang telah dilancarkan pada bulan lepas, pihak Microsoft kini dikatakan akan melancarkan Office 2016 pada 22 September kelak untuk pengguna Windows.

Office 2016 untuk Windows kelak dijangka akan menggunakan rekaan tema yang selari dengan aplikasi Android, iOS mahupun Mac dalam usaha memberikan pengalaman penggunaan yang selari kepada semua pengguna. Beberapa fungsi lain yang turut dijangka diintegrasikan adalah fungsi kolaborasi masa-nyata, sokongan carian yang lebih baik, dan beberapa penambah-baikkan yang lain.

Seperti biasa, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan pelancaran pada 22 September buat masa ini.


TIPS & ULASAN