Menjelang tahun 2018 kelak, lebih 28 juta kenderaan dijangka akan berada di jalan raya. Dalam usaha untuk mempertingkatkan sekuriti pada era baru ini, dan pada masa yang sama mengatasi masalah kecurian kenderaan dan sindiket kenderaan klon, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan mula mengimplementasikan sebuah sistem pemantauan yang baru.
Untuknya, JPJ akan menggunakan teknologi RFID yang membawakan sebuah “smart-code” diintegrasikan pada pelekat cukai jalan. Menggunakannya, ia akan membolehkan badan berkuasa untuk memantau menggunakan beberapa kaedah – termasuk menggunakan satelit.
Kerajaan juga mengatakan sistem baru ini kelak akan membolehkan pihak berkuasa untuk mencari penjenayah dengan lebih efektif, selain selari dengan perancangan kerajaan untuk mengimplementasikan pembayaran tol tanpa plaza tol. Disamping itu, penggunaan RFID ini juga boleh digunakan untuk pemantauan trafik jalan-raya dalam keadaan masa-nyata.
Tag RFID ini juga kelak akan hadir dengan ciri-ciri keselamatan tersendiri – termasuk menjadi rosak dan menghantar amaran kepada pihak berkuasa jika seseorang mencuba untuk mengubahnya.
Pengenalan implementasi pelekat RFID ii akan diperkenalkan secara berperingkat – bermula daripada pada tag VEP yang melalui sempadan Johor pada bulan Oktober ini. Kerajaan dijangka mengimplementasikannya pada peringkat kebangsaan pada tahun 2018 kelak.