Facebook Menguji Pembantu Pintar Digital Dalam Facebook Messenger – Dipanggil M

Facebook Menguji Pembantu Pintar Digital Dalam Facebook Messenger – Dipanggil M

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Facebook hari ini mengumumkan yang mana mereka telah memulakan ujian untuk pembantu pintar digital mereka tersendiri yang dikenali dengan nama M. Ia beroperasi daripada Facebook Messenger, dan pengguna boleh menghubunginya untuk mendapatkan beberapa info, cadangan dan sebagainya.

Facebook M

Facebook mengatakan M ini dijana oleh AI yang mana dilatih dan dipantau oleh manusia. Menggunakan M, pengguna juga boleh menyelesaikan beberapa tugasan, termasuk seperti membeli barangan, membuat tempahan, membuat temujanji dan sebagainya.

Facebook akan memulakan ujian ini dengan beberapa ratus pengguna sekitar San Francisco terlebih dahulu, dan akan memperluaskannya secara berperingkat. Mungkin ia akan mengambil masa yang lama lagi sebelum M ini diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia.


TIPS & ULASAN