Cari @ Amanz

Aplikasi Pocket Dikemaskini Dengan Tab Tambahan Yang Memaparkan Artikel Cadangan Untuk Dibaca

Oleh Aman

Link Copied!

Pocket merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk para pengguna membaca sesuatu artikel dari web. Ia sering digunakan untuk menyimpan sesuatu artikel untuk dibaca pada suatu masa kelak – dan artikel yang disimpan dipaparkan dalam keadaan yang amat mudah dibaca dan tanpa sebarang elemen daripada web yang menganggu.

Pocket Recommended

Hari ini, pihak Pocket turut mengemaskini aplikasi dan penawaran mereka di Android, iOS dan juga web, dimana melalui Pocket 6.0, mereka menambah satu lagi tab pada aplikasi, dinamakan sebagai Recommended.

Melalui tab ini, pengguna boleh mengikuti artikel yang dicadangkan kepada mereka, dimana ia dicadangkan berdasarkan kepada artikel-artikel yang dibaca menggunakan Pocket sebelum ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Pocket, anda boleh mengemaskini aplikasi Pocket anda hari ini, dan menikmati fungsi baru ini, sekaligus membolehkan anda mengikuti pelbagai artikel menarik yang mungkin diminati anda tanpa terlepas lagi berbanding sebelum ini.

Pocket Recommended

Layari : Pocket di web

Komen ()