Windows 10 Kini Digunakan Pada Lebih 75 Juta Peranti Seluruh Dunia

Windows 10 Kini Digunakan Pada Lebih 75 Juta Peranti Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Windows 10 telah dilancarkan kepada umum pada 29 Julai yang lepas, dimana ia ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Terkini, berkongsi mengenai statistik semasa, pihak Microsoft mengatakan Windows 10 kini dijalankan pada lebih 75 juta peranti seluruh dunia.

Windows 10 Wallpaper

Windows 10 membawakan beberapa fungsi baru kepada pengguna desktop, termasuk kebolehan menjalankan aplikasi moden pada desktop, sokongan desktop maya, fungsi menu Start, integrasi Cortana dan juga pelayar web Microsoft Edge.

Disamping itu, pihak Microsoft juga mengatakan kini Windows 10 dijalankan pada lebih kurang 90,000 model PC dan tablet berbeza di seluruh dunia, malah terdapat beberapa model peranti yang dikeluarkan pada tahun 2007 yang menjalankannya.

Bagi anda yang menggunakan Windows 7 dan juga Windows 8.1, anda boleh menaik-taraf kepada Windows 10 secara percuma. Pengguna akan dipaparkan dengan notifikasi untuk kemaskini ini melalui integrasi Windows Update pada sistem kompter anda.


TIPS & ULASAN