Intel Membuat Pelaburan Pada Syarikat Pengeluar Dron Dari China, Yuneec

Intel Membuat Pelaburan Pada Syarikat Pengeluar Dron Dari China, Yuneec

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Arena dron dan robotik kian mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini. Sebelum ini, kita telah melihat beberapa syarikat memasuki arena tersebut, selain Qualcomm yang ingin mengumumkan sesuatu pada bulan hadapan. Terkini, pengeluar cip terkemuka, Intel turut mengumumkan penyertaan dengan membuat pelaburan pada salah satu syarikat pengeluar dron dari China, Yuneec.

Intel Yuneec

Yuneec merupakan salah satu pengeluar dron dan peralatan elektronik yang memfokuskan penerbangan. Dengan pelaburan daripada pihak Intel ini, mereka mengatakan ia akan membolehkan kedua-dua teknlogi diintegrasikan selain berkongsi komitmen dalam inovasi teknologi.

Intel sendiri sebelum ini telah mengatakan ingin memfokuskan kepada arena dunia berhubung dan juga dunia pintar. Mungkin pelaburan ini adalah salah satu langkah mereka dalam turut menyertai arena dron dan robotik.


TIPS & ULASAN