Aplikasi Portal Daripada Pushbullet Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Aplikasi Portal Daripada Pushbullet Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Pembangun Pushbullet sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi khusus dinamakan sebagai Portal untuk pengguna Android yang memudahkan penghantaran fail dan dokumen dari satu peranti ke yang lain. Kini, aplikasi sama turut diperkenalkan untuk pengguna peranti iOS.

Portal

Menggunakan aplikasi Portal ini, pengguna boleh menghantar fail daripada komputer ke iPhone atau iPad dengan mudah. Penghantaran dilakukan menggunakan rangkaian WiFi. Portal ini membolehkan pengguna menghantar fail sehingga 1GB tanpa masalah menggunakannya, dan seperti biasa, kedua-dua perlulah dihubungkan kepada rangkaian WiFi yang sama.

Bagi pengguna iPhone dan iPad, anda boleh memuat-turun aplikasi Portal dan menggunakannya untuk menghantar dan menguruskan penghantaran fail antara peranti dan komputer anda.

Muat-Turun Portal untuk iOS

Muat-Turun Portal untuk Android

Layari : Portal Pushbullet


TIPS & ULASAN