Rekaan Lumia 940 Dan 940 XL Tertiris

Rekaan Lumia 940 Dan 940 XL Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Dua peranti baru keluarga Lumia iaitu 940 dan 940 XL dijangka ada dilancarkan pada IFA 2015. Hari ini dua gambar yang memaparkan rekaan dua peranti terkini ini tertiris. Lumia 940 XL ialah sebuah phablet dengan skrin sebesar 5.7″ QHD. Ia diperkasakan pemproses Snapdragon 810 dan mempunyai kamera PureView 20 Megapixel. Ia adalah peranti yang bewarna biru di bawah. Lumia 940 pula mempunyai skrin 5.2″ QHD dan diperkasakan pemproses Snapdragon 808. Kamera yang digunakan sama seperti yang ada pada 940 XL. Nampaknya Microsoft masih lagi mengekalkan rekaan turun temurun Lumia pada kedua-dua peranti ini. Rekaan tertiris di bawah konsisten dengan ura-ura rekaan Lumia 940 XL yang kami paparkan Jun lalu. Adakah kemunculan dua peranti dengan Windows 10 Mobile ini bakal mengubah nasib Microsoft? Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Lumia-940-XL

Lumia-940


TIPS & ULASAN