Permohonan Paten Slide To Unlock Apple Ditolak Di Jerman

Permohonan Paten Slide To Unlock Apple Ditolak Di Jerman

Diterbitkan pada Ogos 30, 2015 oleh .

Sistem tatal untuk menyahkunci peranti ialah sistem yang dipopularkan oleh Apple. Ia kini menjadi ikutan berpuluh peranti pintar yang mempunyai skrin sesentuh. Apple diberikan paten kepada sistem ini dan ia turut digunakan sebagai bahan bukti di dalam kes menyaman Samsung yang dituduh meniru iPhone. Permohonan paten tatal untuk nyahkunci ini ditolak minggu lalu oleh mahkamah Jerman. Pihak mahkamah menolak paten kerana merasakan Apple gagal membuktikan penggunaan sistem ini pada peranti lain mendatangkan kesan buruk kepada jenama Apple. Tambahan lagi sistem hampir serupa dipatenkan terlebih dahulu oleh syarikat Neonode untuk peranti Neonode N1 mereka pada tahun 2007. Syarikat ini bankrap pada tahun 2008. Kes permohonan paten ini sudah berlarutan sejak 2013 selepas Motorola menfailkan permohonan supaya membatalkan paten yang cuba difailkan Apple.

Slide to unlock20150830_122339


TIPS & ULASAN