Sony Xperia C5 Ultra Dual & M5 Dual Dilancarkan – Dua Peranti Hebat Untuk Penggemar Selfie

Sony Xperia C5 Ultra Dual & M5 Dual Dilancarkan – Dua Peranti Hebat Untuk Penggemar Selfie

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Sejak kebelakangan ini semakin banyak peranti dilengkapi kamera hadapan yang besar.Ini adalah bagi memenuhi keperluan narsis yang gemar mengambil gambar selfie. Peranti Sony Xperia C5 Ultra Dual dan Xperia M5 Dual adalah dua lagi peranti yang jatuh sedalam kategori mesra selfie yang dilancarkan di untuk pasaran tempatan.

Sony Xperia C5 Ultra

Sony Xperia C5 Ultra Dual adalah peranti dengan skrin sebesar 6″ FHD, diperkasakan pemproses 1.7 GHz lapan teras MediaTek MTK6752 , RAM sebesar 2 GB dan muatan dalaman sebesar 16 GB (MikroSD sehingga 200GB). Kedua-dua kamera hadapan serta belakang adalah sebesar 13 Megapixel menggunakan sensor Exmor RS dan mempunyai sokongan flash. Kini imej selfie yang diambil akan kelihatan lebih tajam dan terang. Peranti gergasi ini aneh sekali hanya dilengkapi bateri sebesar 2930 mAh yang boleh dikatakan agak kecil.

Sony Xperia M5

Sony Xperia M5 Dual diperkasakan pemproses 2.0 GHz lapan teras MediaTek Helio X10, RAM sebesar 3 GB RAM, dan muatan dalaman 16 GB (MikroSD sehingga 200GB). Kamera utama adalah sebesar 21.5 Megapixel Exmoor RS dan kamera hadapan pula 13 Megapixel Exmor RS. Peranti ini mempunyai tahap kalis air dan debu IP68 tidak seperti C5 Ultra Dual. Kapasiti bateri pula ialah 2600 mAh.

Pada majlis pelancaran yang sama, Sony Mobile Malaysia mengumumkan kerjasama dengan 11Street dan juga LINE. Dengan LINE, mereka yang menyertai hanya perlu mengikuti akaun rasmi Sony Mobile Malaysia iaitu Sony Mobile MY dan menjawab beberapa soalan mengenai telefon pintar yang baru dilancarkan ini. Bagi 11Street, pertandingan Facebook akan diadakan dengan hadiah Sony Xperia C5 Ultra Dual untuk dimenangi.

Selain daripada kerjasama peraduan Facebook, Sony Mobile Malaysia telah melantik 11Street sebagai platform pra tempahan rasmi untuk kedua-dua Sony Xperia C5 Ultra Dual dan Xperia M5 Dual. Kempen ini akan bermula dari 17 Ogos sehingga 31 Ogos 2015. Pelanggan yang membeli pada 11street akan dapat mengambil hadiah rumah percuma bernilai sehingga RM250.

Sony Xperia C5 Ultra Dual akan mula dijual bermula minggu hadapan pada harga RM 1399. Sony Xperia M5 Dual pula akan dijual dua minggu dari sekarang pada harga RM1599.

Sony Mobile C5 M5 2


TIPS & ULASAN