SKMM Mula Menyekat Akses Kepada Laman Yang Mempromosikan Himpunan Bersih 4.0

SKMM Mula Menyekat Akses Kepada Laman Yang Mempromosikan Himpunan Bersih 4.0

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

SKMMHimpunan Bersih 4.0 akan berlangsung hujung minggu ini di berpuluh lokasi seluruh dunia. Himpunan tahun ini dijangka akan dihadiri berpuluh ribu hadirin dan akan berlangsung selama dua hari. Jika anda kerap berada di laman sosial adalah mustahil untuk melihat berita berkenaan himpunan yang mendesak pihak berkuasa supaya lebih telus dan amanah dalam menguruskan negara. Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) hari ini mengumumkan pihak mereka sudah menyekat akses kepada beberapa laman yang mempromosikan,menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih 4.0, yang didakwa boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Tindakan sekatan dilakukan oleh SKMM selepas mendapati laman-laman ini membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Laman-laman ini juga didakwa menyebarkan propaganda yang memburuk-burukkan kerajaan. Akhir sekali sekatan terpaksa dilakukan kerana membawakan imej buruk kepada Malaysia. Senarai laman-laman yang disekat tidak pula disenaraikan oleh pihak SKMM.

SKMM-Bersih-4.0


TIPS & ULASAN