Lanjutan daripada artikel semalam berkenaan desas-desus mengatakan Lenovo Mobile akan diserap ke Motorola, hari ini, pihak Lenovo Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi, dan menerangkan lebih lanjut mengenainya.
Menurut Lenovo Malaysia, dalam memfokuskan pembangunan peranti mudah-alih mereka termasuk dari segi pengeluaran dan sebagainya, Lenovo dan Motorola akan menggunakan kelebihan kedua-dua pihak dalam terus memperluaskan pasaran.
Lenovo Mobile akan kekal menjadi tonggak utama dalam perniagaan mudah-alih, sementara mereka akan bergantung kepada kepakaran Motorola dalam pembangunan, rekabentuk dan juga pengeluaran telefon pintar.
Kedua-dua jenama Lenovo dan Motorola akan kekal seperti biasa untuk masa ini. Keputusan untuk penjenamaan semula bagi jangka masa panjang masih pada peringkat perbincangan buat masa ini.