honor 7 Diumumkan Untuk Pasaran Global – Akan Ke Malaysia Pada Bulan Hadapan

honor 7 Diumumkan Untuk Pasaran Global – Akan Ke Malaysia Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

honor 7 telah dilancarkan di China sebelum ini, dan hari ini, pihak honor turut melancarkan telefon pintar terbaru mereka ini pada peringkat global, dan akan mula memasarkan ia di negara luar China bermula bulan September ini.

Honor 7

Honor 7

Honor 7

honor 7 merupakan telefon pintar flagship terbaru daripada honor, membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 935. Telefon pintar ini turut menyertakan memori 3GB RAM dalam menawarkan penggunaan yang lancar, selain bateri berkapasiti 3100mAh. Untuk tujuan rakaman gambar, telefon pintar ini menggunakan kamera belakang 20-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel.

Honor 7

Honor 7

Telefon pintar ini menggunakan kerangka belakang berasaskan logam dan turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Sebuah butang akses pantas disediakan pada bahagian kiri peranti yang boleh ditetapkan untuk mengakses apa jua aplikasi yang digemari. Pengguna boleh memilih aplikasi yang ingin ditetapkan apabila menekan butang akses pantas ini – dimana tiga tetapan boleh dipilih, samaada sekali tekan, dua kali tekan atau tekan untuk seketika. Ia mungkin berguna untuk beberapa akses pantas, sebagai contoh untuk lampu suluh, untuk mengakses Google Now, mahupun aplikasi kegemaran anda.

Huawei Honor 7

honor 7 turut memfokuskan kepada bahagian kamera, dimana selain kebolehan merakamkan gambar dengan pantas serta jelas, ia juga turut menyertakan sejumlah fungsi rakaman menarik seperti Light Trail, Time Lapse, dan sebagainya seperti pada Huawei P8. Sebuah mod khusus untuk rakaman gambar makanan turut disertakan pada honor 7 ini.

Pihak honor masih tidak mengumumkan harga jualan rasminya di Malaysia. honor 7 akan dipasarkan di Malaysia bermula bulan September ini, dan seperti biasa kita akan dapat melihat honor 7 dijual melalui laman VMall kelak.

Honor 7


TIPS & ULASAN