Acer Dilaporkan Terbuka Untuk Pengambil-Alihan

Acer Dilaporkan Terbuka Untuk Pengambil-Alihan

Diterbitkan pada Ogos 27, 2015 oleh .

Acer merupakan salah satu pengeluar komputer dan peralatan elektronik terkemuka dari Taiwan. Mereka sedia terkenal dalam arena komputer desktop, komputer riba, dan turut menyertai arena tablet dan juga telefon pintar.

Dalam dunia gajet dan peranti pada hari ini, boleh dikatakan persaingan diantara satu pengeluar antara lain adalah sangat sengit. Ini membuatkan Acer mengalami sedikit masalah akhir-akhir ini, terutamanya daripada harga saham yang semakin menurun dari hari ke hari.

Bercakap mengenainya, pengasas Acer dipetik mengatakan beliau terbuka jika ada syarikat yang ingin mengambil-alih. Namun, pada masa yang sama menekankan yang mana syarikat di Taiwan lebih memfokuskan kepada misi dan emosi berbanding dengan pengurusan dari Amerika Syarikat atau Eropah yang lebih memfokuskan kepada duit.

Walaupun dikatakan mempunyai masalah kewangan, tetapi mereka pada tahun ini telah hadir dengan beberapa penawaran produk menarik, termasuk pengenalan keluarga Predator memfokuskan gaming, selain beberapa monitor yang memukau hati.


TIPS & ULASAN