Cari @ Amanz

honor sebelum ini telah memperlihatkan jam tangan pintar mereka yang dipanggil dengan nama honor Band Zero. Hari ini, pada acara pelancaran global honor 7, mereka turut memperlihatkannya atas pentas dan mengatakan ia akan dijual pada suku ke-4 tahun ini.

Honor Band

Honor Band

Honor Band

Walaubagaimanapun, pihak honor mengatakan nama akhir untuk produk tersebut masih belum ditetapkan buat masa ini, dan mereka akan mengadakan sebuah pertandingan khusus untuk menamakan peranti tersebut. Pemenang akhir peraduan tersebut kelak akan menerima produk honor sehingga tahun 2020 kelak.

Bercakap secara ringkas mengenai fungsi yang dibawakan, honor mengatakan ia boleh digunakan untuk memantau langkah perjalanan, memantau kualiti tidur, dan membawakan integrasi notifikasi panggilan. Jam tangan ini juga hadir dengan bateri bertahan sehingga 3 hari lamanya, selain turut hadir dengan sokongan kalis air IP68.

Jam tangan ini akan dijual bermula suku ke-4 2015 ini di pasaran Eropah. Ia masih tidak diketahui lagi berkenaan sama ada peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd