Apple Menjadualkan Acara 9 September – iPhone Baru Akan Datang

Apple Menjadualkan Acara 9 September – iPhone Baru Akan Datang

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Apple hari ini telah mula menghantar jemputan media kepada media-media antarabangsa, untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 9 September 2015 ini. Seperti diperkatakan sebelum ini, Apple dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru pada tarikh berkenaan.

Apple 9 September

Mengikut pelbagai spekulasi sebelum ini, Apple dijangka akan menggunakan nama dengan akhir “S” – berkemungkinan iPhone 6s. Ia juga akan hadir ke pasaran menjalankan sistem operasi iOS9.

Disamping kemaskini untuk sistem operasi peranti mudah-alih, Apple juga turut dijangka akan mengumumkian penawaran OS X El Capitan kepada pengguna komputer riba dan desktop Apple pada acara yang sama.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini semasa dan berkongsi lanjut mengenainya pada tarikh tersebut kelak.


TIPS & ULASAN