Cari @ Amanz

MyTeksi atau GrabTaxi telah menawarkan perkhidmatan mereka untuk beberapa tahun, tetapi aplikasi mereka tidak mengalami sebarang perubahan drastik sejak beberapa tahun ini. Kini, mereka memberikan nafas baru pada aplikasi mereka, dengan menyertakan beberapa elemen seumpama pada Material Design.

Bagi anda yang tidak mengenali MyTeksi, aplikasi yang juga dikenali sebagai GrabTaxi di rantau Asia Tenggara ini membolehkan pengguna menempah kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat mahupun menghantarkan barang. Melalui kemaskini ini, ia sekaligus memberikan pembaharuan dalam menggunakan aplikasi mereka, dimana ia kelihatan lebih responsif dan pantas serta kemas. Penggunaan paparan antaramuka juga dimaksimumkan, membolehkan pengguna turut memahami beza setiap kenderaan yang boleh ditempah.

myteksi v3 screen

Kemaskini aplikasi MyTeksi ini boleh dimuat-turun hari ini untuk Android manakala kemaskini untuk peranti iOS bakal menyusul pada bulan September. Terdahulu, MyTeksi telah mendapat suntikan dana yang meletakkan nilai mereka melangkaui US 1.6 Bilion beberapa minggu lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd