Instagram Kini Tidak Lagi Terhad Untuk Gambar Segi Empat Sama – Turut Menyokong Gambar Potrait Dan Landskap

Instagram Kini Tidak Lagi Terhad Untuk Gambar Segi Empat Sama – Turut Menyokong Gambar Potrait Dan Landskap

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Instagram sehingga kini hanya terhad kepada gambar segi empat-sama, membuatkan ramai pengguna yang turut menambah bingkai berwarna putih dan hitam untuk berkongsi gambar berbentuk secara melintang dan menegak. Kini, melihat trend tersebut semakin meluas, Instagram sendiri mengumumkan sokongan tersebut pada perkhidmatan mereka.

Instagram Landskap

Menurut Instagram, satu daripada lima gambar yang dikongsi tidak dalam keadaan segi empat-sama, membuatkan mereka memperkenalkan bentuk kandungan baru ini. Pengenalan ini juga membuatkan paparan lebih kemas, selain anda tidak perlu risau akan perlu potong bahagian yang disukai pada sesuatu gambar sebelum dikongsikan.

Pihak Instagram turut mengatakan ini turut akan menguntungkan pengguna yang sering berkongsi video menggunakan Instagram.

Kemaskini baru ini diperkenalkan kepada semua pengguna Android dan juga iOS bermula hari ini.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan pengenalan baru ini oleh Instagram?


TIPS & ULASAN