Samsung Menawarkan Diskaun 50% Untuk Pembelian Galaxy Note 5 Kedua Pada 4 September Ini

Samsung Menawarkan Diskaun 50% Untuk Pembelian Galaxy Note 5 Kedua Pada 4 September Ini

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Beberapa hari yang lepas, Samsung Malaysia telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+, dimana masing-masing berharga RM2699 dan juga RM3099. Hari ini, pengeluar elektronik terkemuka tersebut turut berkongsi promosi tambahan untuk pelancaran kedua-dua peranti berkenaan.

Untuk mereka yang membeli telefon pintar Galaxy Note 5 atau Galaxy S6 Edge+ pada tarikh 4 September ini, Samsung akan memberikan Battery Pack 11,300mAh dan juga pengecas tanpa wayar secara percuma bernilai sehingga RM538.

Disamping itu, untuk mereka yang membeli Galaxy Note 5, dan ingin mendapatkan Galaxy Note 5 kedua, anda boleh mendapatkannya pada harga potongan sehingga 50%. Walaubagaimanapun, promosi ini hanya terhad di tiga lokasi sahaja, iaitu untuk 100 pembeli pertama di Sunway Pyramid, 50 pembeli pertama di Gurney Plaza dan juga 50 pembeli pertama di Sutera Mall.

Samsung turut akan mengadakan jerayawara mereka sepanjang 4 September sehingga 6 September di Gurney Plaza Pulau Pinang dan juga Sutera Mall Johor Bahru, selain sepanjang 4 September sehingga 9 September di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.

Samsung Note5 Promo


TIPS & ULASAN