Kini Anda Boleh Melihat Pesisiran Pantai Semenanjung Malaysia Menggunakan Google Street View

Kini Anda Boleh Melihat Pesisiran Pantai Semenanjung Malaysia Menggunakan Google Street View

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Semakin hari semakin banyak kawasan di Malaysia diliputi imej Google Street View, satu pilihan pada Google Maps membolehkan pengguna melihat sesuatu lokasi dengan lebih terperinci menerusi rakaman gambar 360 darjah. Pada tahun lalu projek Paddle for Nature telah dilancarkan, iaitu satu kerjasama antara Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Google Malaysia dan hari ini mereka mengumumkan kesediaan imej pesisiran pantai Semenanjung Malaysia pada Google Maps.

Projek dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia ini juga menekankan kepentingan untuk menjaga dan melindungi alam sekitar serta meningkatkan pengetahuan berkenaan warisan laut tempatan. Menerusi pengimejan Google Street View pada Google Maps, pengguna boleh melihat tempat menarik dan kawasan tersorok sepanjang 2,200km pesisir pantai. Pantai yang tidak dapat diakses menerusi jalanraya turut disertakan pada Street View. Rakaman imej ini telah mengambil masa selama 6 bulan bermula di Pengkalan Kubor pada September 2014, Kelantan dan tiba di Kuah, Langkawi pada bulan Mac 2015.

screenshot_529 screenshot_528

Imej pesisiran pantai Semenanjung Malaysia kini boleh diakses pada Google Maps dan bagi melihat imej Street View tersebut, pengguna boleh menyeret ikon atau klik pada ikon Street View. Selain dari pesisiran pantai, Google Malaysia juga telah menyediakan imej Street View untuk Sabah dan Sarawak pada bulan Ogos yang lalu.


TIPS & ULASAN