Lagi Gambar Sony Xperia Z5 Tertiris – Kamera Utama 23 Megapixel

Lagi Gambar Sony Xperia Z5 Tertiris – Kamera Utama 23 Megapixel

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Sony sudah memberikan beberapa petanda peranti yang akan mereka perlihatkan pada IFA tahun ini akan mempunyai kemampuan kamera yang mengagumkan. Umum diketahui Samsung Galaxy S6 kini raja kamera peranti mudah alih dan ia menggunakan sensor keluaran Sony. Kini beberapa lagi gambar Sony Xperia Z5 tertiris yang menunjukkan kamera sebesar 23 Megapixel. Sebelum ini pada Xperia Z3 dan Z3+ kamera utama adalah sebesar 20.7 Megapixel. Diharap kali ini saiz sensor yang besar disertakan dengan optimasi pemprosesan imej yang lebih baik. Adalah tidak masuk akal sekiranya mereka boleh membantu S6 menjadi raja kamera tetapi gagal melakukan yang terbaik untuk Xperia Z5. Sama-sama kita nantikan pengumuman Xperia Z5 dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Sony-Xperia-Z5-leak-1Sony-Xperia-Z5 Leak-3

Sony-Xperia-Z5-leak-2


TIPS & ULASAN