Facebook Mula Mengambil Langkah Untuk Mengurangkan Video Berhak-Cipta Di Laman Sosial Berkenaan

Facebook Mula Mengambil Langkah Untuk Mengurangkan Video Berhak-Cipta Di Laman Sosial Berkenaan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Pada laman Facebook, telah menjadi salah satu kebiasaan, dimana pengguna memuat-naik video daripada laman-laman lain seperti YouTube dan sebagainya, sekaligus menjejaskan pendapatan bagi mereka yang bergantung padanya. Hal ini telah dibangkitkan berulang kali oleh para penerbit video dan pemilik hak cipta asal untuk sesuatu video dan kandungan.

Kini, lanjutan daripadanya, Facebook yang turut memberikan perhatian kepada Facebook Video telah mula mengatasinya secara berperingkat. Untuk tujuan ini, Facebook akan menyediakan sebuah tool ringkas bagi membolehkan mereka membuat carian untuk video menyerupai penerbit kandungan ditemui dan dilaporkan untuk dibuang. YouTube menyediakan fungsi seumpamanya membolehkan Content ID diimbas dan mengenal-pasti video-video sama yang terdapat pada perkhidmatan tersebut untuk memudahkan membuang video milik orang lain.

Facebook mengatakan tool ini akan diperkenalkan kepada beberapa penerbit dan rakan kerjasama terpilih terlebih dahulu dalam bentuk beta, sebelum ia diperluaskan kepada yang lain.

Perkara ini semestinya akan diminati ramai penerbit kandungan seluruh dunia, memandangkan video milik mereka mungkin tidak lagi dikongsikan oleh pihak lain tanpa kebenaran.


TIPS & ULASAN