Acer Bakal Mempertontonkan Keluarga Peranti Predator Pada IFA 2015

Acer Bakal Mempertontonkan Keluarga Peranti Predator Pada IFA 2015

Diterbitkan pada Ogos 28, 2015 oleh .

Acer seperti pelbagai jenama lain akan menghadirkan diri mereka ke acara tahunan global, IFA 2015 yang diadakan di Jerman. Seperti biasa, pelbagai produk baru bakal diumumkan, dan termasuk antaranya adalah keluarga peranti Predator daripada Acer.

Acer Predator IFA 2015

Predator merupakan salah satu jenama dibawah Acer yang memfokuskan kepada peranti gaming. Melalui apa yang pernah ditunjukkan sebelum ini, ia terdiri daripada monitor, CPU, malah termasuk juga dengan tablet.

Melalui video promosi IFA 2015 yang diterbitkan oleh Acer, mereka memperlihatkan desktop mereka, termasuk juga komputer riba dibawah keluarga Predator.

Acer menjadualkan acara pengumuman mereka pada 2 September kelak, dan seperti biasa, Amanz akan menawarkan berita mutakhir daripada pengumuman Acer.

Tonton : Pengumuman rasmi Acer IFA 2015


TIPS & ULASAN