Kesemua Kereta Api Di Belanda Akan Menggunakan Tenaga Kincir Angin Menjelang 2018

Kesemua Kereta Api Di Belanda Akan Menggunakan Tenaga Kincir Angin Menjelang 2018

Diterbitkan pada Ogos 29, 2015 oleh .

Negara Belanda akan melakar sejarah dunia dengan mengumumkan kesemua kereta api elektrik negara mereka akan menggunakan tenaga yang dijana kincir angin menjelang 2018. Pada waktu yang sama mereka mensasarkan penggunaan tenaga elektrik kincir angin sebanyak 50% menjelang akhir tahun ini. Ini adalah antara langkah untuk menggunakan tenaga elektrik yang dijana dari sumber mesra alam sepenuhnya di masa hadapan. Sistem keret api elektrik di Belanda membawa 1.5 Juta penumpang sehari dan menghasilkan 550 Kiloton gas karbon dioksida setahun. Dengan perubahan sumber tenaga lebih lestari ini mereka berharap impak terhadap alam sekitar akan berkurangan. Sumber tenaga kincir angin Belanda bukan sahaja dijana di dalam negara tetapi diimport dari Belgium dan negara Skandinavia yang lain.

Belanda-Kincir-Elektrik

Belanda adalah antara negara perintis sumber tenaga yang menjamin masa depan lebih bersih. Projek laluan basikal dengan solar terbina Solarpath dan pemasangan panel solar di sepanjang lebuh raya sudahpun beroperasi. Begitu juga dengan jalan raya plastik yang menggunakan plastik kitar semula di Rotterdam. Sungguh canggung melihat sebuah negara bukan Islam yang menghormati kebersihan bumi ciptaan Allah lebih dari negara Islam sendiri.


TIPS & ULASAN