Beberapa Pengguna Melaporkan Masalah Dengan Butang Home OnePlus 2

Beberapa Pengguna Melaporkan Masalah Dengan Butang Home OnePlus 2

Diterbitkan pada Ogos 29, 2015 oleh .

 

OnePlus 2 ialah peranti yang digelarkan sebagai “penbunuh peranti utama” apabila dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Peranti ini sudahpun menerima lebih daripada satu juta tempahan dari pengguna yang mahukan peranti berkemampuan tinggi pada harga yang lebih mampu milik. Beberapa pengguna kini melaporkan masalah dengan butang home merangkap pengimbas cap jari pada peranti OnePlus 2 yang dimiliki mereka.

OnePlus-2 Front

Masalah yang dilaporkan agak aneh. Sekiranya anda menekan butang home dengan jari tangan yang memegang peranti, butang berfungsi dengan baik. Sekiranya anda menekan butang home dengan jari tangan yang tidak memegang peranti butang tidak berfungsi dengan baik. Masalah ini dipercayai ada kena mengena dengan sistem grounding litar elektrik dan bingkai aloi magnesium yang digunakan. Pihak OnePlus masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah ini. Kami akan mengemas kini berita ini selepas melihat maklum balas yang bakal diberikan pihak mereka.

 


TIPS & ULASAN