Assassin’s Creed Syndicate akan mengalami kelewatan pada platform PC. Berita buruk ini pastinya tidak menggembirakan gerombolan bangsa terpilih PC. Jangan risau kerana tidak semua berita mengenai Assassin’s Creed minggu ini adalah berita buruk. Di bawah ialah gambar pertama rupa pelakon Michael Fassbender yang terkenal sebagai Magneto yang bakal memainkan watak pembunuh upahan di dalam filem Assassin’s Creed yang memulakan penggambaran isnin lalu.
Beliau melakonkan watak Callum Lynch yang mengetahui beliau mempunyai leluhur dari kalangan pembunuh upahan di Sepanyol pada kurun ke-15. Filem ini tidak mengambil sebarang watak dari siri permainan komputer yang sama sebaliknya menggunakan watak baru. Kostum yang dipakai beliau kelihatan konsisten dengan rekaan jubah Ezio Auditore da Firenze di dalam AC : Revelations. Hidden Blade yang digunakan juga nampak sama. Perubahan yang drastik tidak dilakukan dan sebagai penggemar siri AC kami harus katakan ini adalah petanda baik filem ini akan melakukan adaptasi yang baik. Diharap filem Assassin’s Creed ini tidak akan mengalami nasib malang seperti Hitman, Super Mario Brothers, Alone In The Dark dan House of The Dead yang boleh dikategorikan sebagai sampah.