Waze Kini Memaparkan Amaran Kawasan Berisiko Tinggi Kemalangan

Waze Kini Memaparkan Amaran Kawasan Berisiko Tinggi Kemalangan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2015 oleh .

Waze ialah aplikasi navigasi yang sering kami gunakan untuk memandu sekitar ibu kota. Ia memaparkan kesesakan jalan raya dan juga pelbagai amaran lalulintas seperti kenderaan berhenti ataupun kawasan pembinaan. Hari ini mereka mengumumkan sebuah lagi fungsi baru iaitu memberikan amaran kawasan simpang berisiko tinggi berlakunya kemalangan. Dengan sistem amaran baru ini mereka berharap pemandu akan menjadi lebih berhati-hati sekaligus mengelakkan diri mereka dari terlibat dengan kemalangan.

Waze-Warning

Fungsi ini dilancarkan di bandaraya Boston, Los Angeles, New York City, San Francisco, dan Washington, D.C  terlebih dahulu. Data kawasan kemalangan diambil secara terus dari pihak polis, dewan bandaraya dan suruhanjaya pengangkutan darat kelima-lima bandaraya di atas. Diharap pihak Waze akan dapat bekerjasama dengan pihak berwajib di Malaysia juga bagi membawa fungsi cukup berguna ini di negara kita. Sementara itu sentiasalah menjaga sahsiah ketika memandu. Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

 

 


TIPS & ULASAN