Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai situasi yang boleh menyebabkan ketiadaan internet ataupun kesesakan rangkaian telekomunikasi berlaku. Kadangkala, kemudahan infrastruktur di sesuatu lokasi tidak dapat menampung banyaknya peranti di sesuatu kawasan, menyebabkan perkhidmatan internet tidak dapat digunakan. Perkara kesesakan rangkaian sebegini pernah berlaku semasa acara Apple WWDC dimana Steve Jobs menghadapi masalah tersebut dan bagi situasi yang lebih kritikal, musibah banjir biasanya menyebabkan kegagalan pencawang telekomunikasi berfungsi.

Aplikasi Firechat membolehkan pengguna menghantar mesej sama ada di ruang sembang umum atau menghantar mesej peribadi kepada pengguna lain meskipun diwaktu ketiadaan internet. Ia menggunakan teknologi wireless mesh networking, dimana apabila pengguna peranti menghidupkan Bluetooth atau WiFi, ia mampu berkomunikasi antara satu sama lain (peer-to-peer connection) dalam jarak sedekat 200kaki. Bagi peranti iOS, ia menggunakan Apple Multipeer Connectivity Framework membolehkan bukan sahaja komunikasi antara iOS, malah dengan peranti lain.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu mendaftar dan memastikan pilihan Bluetooth atau WiFi aktif. Mesej yang dihantar melalui aplikasi ini akan dihantar menerusi rangkaian Wireless Mesh tanpa perlu menggunakan perkhidmatan internet dan juga rangkaian telekomunikasi. Namun salah satu kelemahan komunikasi sebegini adalah ia memerlukan ramai pengguna dalam jarak dekat menggunakannya bagi memastikan mesej sampai kepada penerima.

Seperti contoh jika berlakunya banjir, sekiranya mesej tersebut tidak berjaya disampaikan kepada mereka yang mempunyai rangkaian internet, sudah tentu mesej tersebut hanya berhenti disitu. Apapun ini hanya mungkin satu kelemahan kerana sekurang-kurangnya, mangsa banjir disekitar sesuatu kawasan masih boleh memberi pertolongan dan selagi mesej tersebut dihantar, terdapat peluang untuk mesej tersebut sampai kepada pengguna yang mempunyai internet, dan berjaya menyampaikan mesej kecemasan.

Aplikasi yang sudah dicipta dari tahun lepas ini meskipun dicipta untuk kegunaan permesejan rangkaian, ia mula popular untuk acara seperti SXSW, Burning Man, dan juga telah digunakan untuk demonstrasi di Hong Kong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd